T1 Umum Bubar Selepas Gagal Layak Ke The International

Pasukan Dota 2, T1 Umum Pembubaran
Pasukan pro Dota 2 yang diasaskan dari Korea, T1 akhirnya mengumumkan pembubaran. Pembubaran ini dilakukan selepas T1 gagal layak ke The International 2022 yang berlangsung di Singapura.
Sebelum bubar, T1 diperkuatkan dengan 2 pemain bekas juara The International 2018 dan 2019 iaitu Ana dan Topson. Tiga lagi anggota T1 adalah orang lama pasukan itu sendiri iaitu Kuku, Xepher dan Whitemon.
Today, we decided to disband our #DOTA2 roster.
We thank ‘Topson’, ‘ana’, ‘Kuku’, ‘Xepher’ and ‘Whitemon’ for their time with us. We wish them the best of luck for the future.
Thank you #T1Nation for supporting us since the beginning! pic.twitter.com/szOvIZwAYf
— T1 (@T1) November 16, 2022
Bila bercerita tentang pencapaian, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian. Pencapaian terbaik T1 adalah ketika menjuarai ESL One Summer 2021 selepas menewaskan Virtus.pro dan membawa pulang wang hanya sebanyak 175,000 ribu USD.