Team Spirit Juara The International 10

Team Spirit Juara The International 10. Gambar : Wykrhm Reddy

Selepas setahun tertunda akibat wabak Covid-19, kejohanan Dota 2 terbesar kembali dengan pelbagai episod suka dan duka.

Kejohanan yang berlangsung di Bucharest, Romania, menyajikan hadiah sebanyak 18juta USD kepada juara. The International 10 berlangsung dari 7 hingga 17 Oktober.

Tahniah kepada Team Spirit muncul juara The International 10 selepas menewaskan PSG.LGD dalam perlawanan akhir yang berkesudahan 3-2.

Team Spirit hadir ke The International menerusi peringkat kelayakan dan dianggap sebagai pasukan bawahan.

Team Spirit membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 18,208,300usd manakala PSG.LGD sebanyak 5,202.400usd.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *