T1 Juara ESL One Summer 2021

Ianya bagai perlawanan ulangan selepas perlawanan akhir kelompok atas sebelum T1 ditendang ke kelompok bawah. Namun pengakhiranya sahaja yang berbeza. T1 seolah-olah membalas dendam dengan kekalahan mereka.

Sebelum itu,Virtus.pro terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan mata 2-1 sebelum disamakan T1 untuk kedudukan 2-2. Nasib tidak berpihak kepada Virtus.pro selepas mereka gagal meneruskan rentak dan tewas pada perlawanan penentuan.

Ini merupakan kejuaraan terbesar yang dimenangi oleh pasukan T1 sejak mula ditubuhkan pada tahun 2019. Hentian terakhir yang bakal menjadi hala tuju pasukan adalah pada The International bulan Ogos nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: