Lengkap Sudah 18 Pasukan Ke The International 2018

Selepas tamatnya peringkat kelayakan, maka dengan ini lengkap sudah 18 pasukan yang bakal beraksi di kejohanan Dota 2 paling dinanti-nantikan iaitu The International 2018.

Dari 18 pasukan ini, Navi masih gagal untuk menempatkan tempat seperti mana yang berlaku pada tahun lepas. Sementara itu, OG dan EG terpaksa bergelut pada peringkat kelayakan selepas berlaku perubahan pemain pada saat akhir.

The International 2018 akan bermula pada 15 Ogos dengan peringkat kumpulan sebelum berpindah ke Main Event pada 20 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *