Kelayakan The International 10 Kini Bermula!

Pasukan OG. Gambar Esports.net
Debaran semakin dirasa. Kejohanan yang ditunggu-tunggu saban tahun kini hampir tiba. The International 10 akan menemui semua peminatnya pada bulan Ogos nanti di Sweden. Namun sebelum semuanya bermula, akan tempat kosong yang masih perlu dipenuhi oleh pasukan yang layak.
Dari 18 slot, 12 daripadanya telah diisi oleh pasukan yang layak dasarkan Dota Point Circuit atau DPC. Baki 6 lagi slot akan diisi oleh pasukan yang terpaksa melalui peringkat kelayakan.
Juara dua kali The International, OG terpaksa melalui peringkat kelayakan disebabkan aksi mereka yang kurang memberangsangkan ketika proses pengumpulan mata DPC. Turut melalui peringkat ini adalah Team Nigma yang dahulunya juara The International 7 dengan menggunakan nama pasukan Team Liquid.