Tundra Esports Muncul Juara The International 2022

Tundra Esports Muncul Juara The International 2022

Tundra Esports muncul juara The International 2022 selepas menewaskan Team Secret dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Indoor Stadium, Singapura.

Team Secret pernah bertemu dengan Tundra Esports dalam peringkat Kumpulan B ternyata masih tiada jawapan dengan kehandalan Tundra selepas tewas 3-0 dalam perlawanan akhir yang berformatkan 5 terbaik.

Dengan merangkul kejuaraan ini, Tundra Esports membawa pulang wang tunai sebanyak 8,518,822 juta USD dan Aegis manakala Team Secret hanya membawa pulang wang tunai sebanyak 2,461,033 juta USD.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan The International pertama untuk Tundra Esports.

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi The International 2022.

  1. Tundra Esports
  2. Team Secret
  3. Team Liquid
  4. Team Aster
  5. PSG.LGD
  6. Thunder Awaken
  7. Beastcoast
  8. OG
  9. Evil Geniuses
  10. BOOM Esports
  11. Gaimin Gladiators
  12. Entity
  13. Hokori
  14. Team Spirit
  15. Fnatic
  16. Royal Never Give Up
  17. Soniqs
  18. Talon Esports
  19. BetBoom Team
  20. TSM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *