Hatrik Cole Palmer Kecewakan Setan Merah

Cole Palmer jaring hatrik bagi bantuk Chelsea tewaskan Manchester United.

Cole Palmer jaring hatrik bagi bantuk Chelsea tewaskan Manchester United.

Disaat perlawanan berakhir dengan kekalahan, muncul seorang wira bernama Cole Palmer menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan babak kedua. Dua gol tersebut memastikan Chelsea dapat 3 mata penuh untuk saingan Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea menentang Manchester United awal pagi tadi.

Chelsea terlebih dahulu di hadapan dengan gol awal Conor Gallagher dan Cole Palmer pada minit ke-4 dan 19. United yang tersentak dengan dua gol tersebut berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 dan 39 menerusi jaringan Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes.

Manchester United berjaya dihadapan pada minit ke-67 sekali lagi menerusi Garnacho.

Ketika perlawanan berakhir dengan kemenangan buat Manchester United, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti pada waktu kecederaan 90+11′ dan disempurnakan oleh Cole Palmer.

Selang seminit, Palmer sekali lagi menjaringkan gol sekaligus melengkapkan hatrik dan menghadiahkan kemenangan penting buat Chelsea.

Chelsea berjaya mencatatkan dua kemangan dan tiga seri dari 5 perlawanan terakhir mereka.

Leave a Reply