Rasmus Hojlund Mungkin Hanya Memanaskan Bangku Simpanan Musim Ini

Rasmus Hojlund Manchester United

Rasmus Hojlund ketika diperkenalkan oleh Manchester United.

Penyerang muda yang baru sahaja dibeli oleh Manchester United, Rasmus Hojlund mungkin akan hanya memanaskan bangku simpanan untuk sebahagian musim ini.

Hojlund dilaporkan mengalami kecederaan belakang ketika ujian perubatan dilakukan minggu lalu. Imbasan MRI yang dilakukan menunjukan titik panas di bahagian belakang pemain tersebut.

Pemain yang berusia 20 tahun itu dibeli Manchester United dengan jumlah bayaran sebanyak RM420 juta.

Pihak perubatan Manchester United kerap melakukan pemeriksaan keatas Hojlund bagi mengetahui tahap masalah yang dihadapi.

Hojlund mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan liga musim 2023/24 ketika Manchester turun menentang Wolves dilaman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *