EPL : Keputusan Brentford vs Manchester United

Keputusan EPL antara Brentford vs Manchester United.

Keputusan EPL antara Brentford vs Manchester United. Gambar Mr Fixit’s Tips.

Selepas berehat dua minggu, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali dengan menyaksikan Brentford menerima kunjungan dari Manchester United dilaman sendiri. Manchester yang memerlukan kemenangan bagi mendapatkan slot Liga Europa musim hadapan, ternyata bermain secara longlai.

Perlawanan berlangsung bosan sepanjang waktu hinggalah masuk masa kecederaan separuh masa kedua baru ada gol yang dijaringkan. Manchester United berjaya peroleh gol pada minit ke 90+6′ menerusi jaringan dari Mason Mount.

Namun kegembiraan penyokong Manchester tidak lama. Brentford berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 90+9′ hasil jaringan Kristoffer Ajer.

Perlawanan tamat dengan kedudukan seri 1-1. Manchester United kekal ditangga ke-6 liga dengan 48 mata manakala Brentford dengan 27 mata ditangga ke-15 liga.

Untuk perlawanan seterusnya, Manchester United akan berdepan Chelsea pada 5 April dan Brentford akan menentang Brighton pada 4 April.

Leave a Reply