Liverpool Kalah Lagi. Apa Nak Jadi?

Keputusan Liverpool menentang Brighton. Gambar Liverpool World.
Liverpool bagaikan sudah melupakan hasrat untuk menjuarai liga selepas dilanda kekalahan kedua berturut-turut di laman lawan. Semalam, Liverpool tewas ;agi kepada Brighton 0-3.
Liverpool yang kini menduduki tangga ke-9 liga hanya mengumpul 28 mata, ketinggalan 16 mata kepada Arsenal selaku pendahulu liga. Lebih memeritkan apabila pasukan yang mereka ayam-ayamkan dahulu iaitu Manchester United kini menduduki tangga ke-3 liga dengan 38 mata.
Untuk perlawanan liga seterusnya, Liverpool akan menentang satu lagi pasukan yang sedang dilanda masalah iaitu Chelsea pada 21 Januari nanti dilaman sendiri.
Untuk rekod, Chelsea kini menduduki tangga ke-10 liga dengan mengumpul 25 mata dari 18 perlawanan.