15 Tips Kesihatan Dan Kecergasan Daripada Ronaldo

Photo by AP

Photo by AP

Sedia maklum bahwa penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memiliki tahap kecegarasan yang tinggi disamping kesihatan yang memuaskan. Dengan adanya kedua-dua aset ini, beliau mampu berkasi sempurna diatas padang bagi membantu pasukanya memperolehi kemenangan. Berikut adalah 15 tips kesihatan dan kecergasan daripada Ronaldo.

  1. Belajar untuk melatih minda dan juga tubuh badan anda. Kekuatan mental sama penting seperti kekuatan fizikal dan ia akan membantu anda mencapai sasaran anda.
  2. Berdisiplin. Pastikan anda terus bermotivasi dan berpegang kepada rutin anda adalah kunci utama. Bagi saya, tiada ruang untuk menjadi leka, jadi saya perlu menjadi tegas.
  3. Tetapkan sasaran anda sendiri. Ia akan membantu anda terus fokus dan berusaha ke arah sesuatu.
  4. Bekerjasama dengan rakan pelatih anda adalah cara yang bagus untuk menambah persaingan dan mendorong diri anda sendiri. jika anda berlatih dengann seseorang yang sama tahap dengan anda, maka anda akan membantu mendorong antara satu sama lain.
  5. Tidur yang sempurna amat penting untuk mendapatkan hasil terbaik daripada latihan. Saya tidur awal dan bangun awal, khususnya sebelum perlawanan. Tidur membantu pemulihan otot yang mana ia sangat penting.
  6. Memanaskan badan dengan betul mengelakan kecederaan. Semasa latihan, kami melakukan beberapa pusingan di atas padang, merengangkan badan dan membuat latihan memanaskan kardio. Pastikan anda melakukan sesuatu yang serupa dalam latihan, walaupun jika ia adalah joging ke gim atau memanaskan badan menggunakan ‘tredmill’ atau basikal.
  7. Gabungkan ia. Saya mengesyorkan kombinasi kardio (berlar dan mengibas) dan latihan berat badan bagi memastikan senaman itu sampai ke semua bahagian tubuh dan meningkatkan kekuatan serta stamina. Ia turut membantu untuk memastikan ia kekal menarik.
  8. Intensisi tinggi sangat penting bagi memastikan darah dan mengalir deras dan meningkatkan stamina. Kami banyak melakukan pecutan larian dan ia boleh disekalikan dengan senaman anda, sama ada di gim ataupun di luar. Cuba tambahakan ia ke setiap senaman yang anda lakukan.
  9. Sesi kardio juga penting dalam pembinaan ketahanan serta stamina dan cuba buat untuk kekal ‘trim’. Buat dalam sekitar 30 minit, tambahkan jumlah sesi apabila anda semakin kuat.
  10. Sesuaikan latihan setiap kali anda mampu. Anda boleh melakukan senaman otot perut di bilik tidur dan apabila anda bangun pagi atau sebelum masuk tidur. Jika anda melakukan rutin ini, maka ia akan menadi lebih mudah kerana ia akan menjadi tabiat.
  11. Senaman yang bagus harus disertakan sekali dengan diet yang bagus. Saya mengambil diet berprotin tinggi, dengan banyak karbo gandum, buah-buahan dan sayuran serta mengelak makanan manis. Saya sukakan ikan, khususnya makanan Portugis, hidangan bacalhau a braz dan di restauran, saya akan memesan stik bersama salad.
  12. Pastiakan anda terus berhidrasi. Minum banyak aia amat penting. Saya juga mengelak daripada mengambil minuman beralkohol.
  13. makan dengan kerap. Jika anda kerap berlatih, penting untuk mengekalkan tenaga di tahap tertinggi bagi memenuhi keperluan tubuh badan anda untuk prestasi yang lebih baik.
  14. Saya sentiasa memastikan saya mendegar muzik yang bagus. Ia membantu anda berehat, menjadi bermotivasi dan melakukan yang terbaik.
  15. Santai. Sesi latihan dan fizikal sangat penting tetapi menjalani hidup dengan santai membantu menjadi sebaik yang boleh dari segi fizikal dan mental.

Leave a Reply