Piala AFC 2015 : JDT Hampir Berputih Mata Ketika Menentang Khalsa

Foto : Mohd Azren Jamaludin

Wakil Malaysia untuk saingan Piala AFC 2015, Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC 1-0 untuk perlawanan kedua Kumpulan F.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar hanya disajikan gol pada masa kecederaan babak kedua menerusi sepakan kaki kiri Asraruddin Putra Omar pada minit ke-92.

JDT yang turun dengan sebahagian besarnya pemain lapisan masih mampu menyerap tekananan serangan dari Balestier Khalsa.

Dengan kemenangan ini, JDT telahpun mengumpul enam mata selepas menewaskan East Bengal 4-1 pada perlawanan pertama di Larkin, 24 Februari yang lalu.

JDT akan tertemu wakil dari Hong Kong, Kitchee FC di Stadium Mongkok pada 17 Mac nanti.

Setakat ini JDT unggul di dalam kumpulan F diikuti Kitchee (4 mata), East Bengal (1 mata) dan Balestier Khalsa (0 mata).

Leave a Reply

%d bloggers like this: