Cristiano Ronaldo Sah Sertai Al Nassr

Cristiano Ronaldo Bersama Presiden Al Nassr, Musalli Al-Muammar.
Bintang bola sepak Portugal dan juga bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo sah menyertai kelab dari Arab Saudi, Al Nassr.
Ronaldo dikhabarkan telah mengikat perjanjian dengan menandatangani kontrak selama dua tahun setengah dengan pembayaran sebanyak 173 juta pound ataupun RM761.3 juta.
Dengan yuran pembayaran sebanyak itu, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah dengan menjadi atlet termahal dunia.
Al Nassr dalam satu kenyataan media berkata : “Sejarah dalam pembikinan. Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang Cristiano ke rumah baharu anda.”
Untuk rekod, kontrak Cristiano Ronaldo bersama Manchester United terbatal akibat wawancara kontroversi yang beliau lakukan bersama Piers Morgan.