9 Sebab Kenapa Cristiano Ronaldo Layak Untuk Menang Ballon d’Or
Ballon d’Or adalah anugerah individu yang diidam-idamkan oleh pemain bola sepak dunia. Ketika ini, insan yang diperkatakan untuk menang Ballon d’Or, piala emas berbentuk bola itu adalah Cristiano Ronaldo.
Ketika aksi Lionel Messi bersama Barcelona mula menurun, Ronaldo makin melonjak dengan banyak gol dan pelbagai kejuaraan.
Berikut adalah 9 sebab kenapa Cristiano Ronaldo layak untuk menang Ballon d’Or.
1. Penjaring Gol Terbanyak La Liga 2013/2014
Walaupun pada musim lalu Real Madrid hanya mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-3, Ronaldo berjaya menjaringkan 31 gol sekali gus meletakan beliau sebagai penjaring terbanyak La Liga 2013/14.
2. Penjaring Gol Terbanyak Liga Juara-Juara 2013/14
Cristiano Ronaldo tampil luar biasa pada saingan Liga Juara-juara musim lalu. Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dengan 17 gol, jauh meninggalkan rakan sepasukanya Gareth Bale dengan hanya 6 gol.
3. Penjaring Gol Terbanyak Sementara La Liga 2014/15
Pada saingan La Liga musim ini, Ronaldo sudah menjaringkan 18 gol dari 11 perlawanan dan jauh meninggalkan saingan ketatnya, Messi dan Neymar.
4. Rekod Hattrick La Liga
Ketika ini Cristiano Ronaldo sudah melakukan 22 hattrick dalam La Liga. Rekod ini sama dengan Telmo Zarra dan Alfredo di Stefano. Ronaldo masih berpeluang untuk memperluaskan lagi rekod hattricknya sebelum undian Ballon d’Or ditutup.
5. Penjaring Terbanyak 2014
Untuk sepanjang 2014, Ronaldo sudah menjaringkan 52 gol. 5 untuk negaranya, Portugal dan 47 untuk Real Madrid.
6. Penjaring Gol Terbanyak Sementara Musim 2014/15
Bagi musim 2014/2015, Ronaldo sudah menjaringkan 23 gol. 18 untuk La Liga, 2 untuk Liga Juara-Juara dan 2 untuk Piala Super UEFA.
7. Tiga Trofi Untuk Tahun 2014
Setakat 2014, Ronaldo sudah menjulang 3 trofi kemenangan iaitu Copa Del Rey, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA. Ronaldo boleh menambah koleksi kemenangan Disember depan dengan membawa Real menjuarai Piala Dunia Antara Kelab.
8. Trofi Alfredo di Stefano
Sebagai anugerah penghargaan musim lalu yang cemerlang, Ronaldo dianugerahakan trofi Alfredo di Stefano. Ini merupakan trofinya yang ke-3 bagi dirinya.
9. Tiga Trofi Terbaik
Musim lalu adalah musim terbaik Ronaldo. Dalam penghargaan individu La Liga, beliau telah dianugerahakan 3 trofi. 3 trofi tersebut adalah untuk penyerang terbaik, pemain terbaik dan gol terbaik.