Selangor FC Pesta Gol Menjelang Aksi Piala Sumbangsih

Antara barisan pemain Selangor FC.

Antara barisan pemain Selangor FC. Gambar Kosmo.

Selangor telah mengadakan perlawanan persahabatan menjelang perlawanan pertama Liga Super Malaysia antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih 2024.

Keputusan 7-0 ketika aksi persabahat menentang Geylang International FC harap mampu menyuntik semangat bagi menentang JDT pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Ramai mempersoal kenapa Selangor FC tidak mengadakan aksi persabahat pramusim dengan kelab yang lebih tinggi tarafnya. Mungkin pengendali Selangor FC ada pencaturnya yang tersendiri. Boleh jadi mereka mahu menyembunyikan taring sebenar mereka. Apa pun, kita nantikan perlawanan yang akan berlangsung pada 10 Mei nanti.

Leave a Reply