Erling Haaland Terus Unggul Sebagai Penjaring Terbanyak EPL

Erling Haaland unggul selaku penjaring terbanyak EPL.

Erling Haaland unggul selaku penjaring terbanyak EPL.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland terus mengukuhkan kedudukan selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas beliau menyumbang 4 gol dari keputusan 5-1 Manchester City keatas Wolves.

Dengan jaringan 4 gol tersebut, Haaland berjaya mendahului senarai penjaring terbanyak EPL dengan 25 jaringan meninggalkan Alexander Isak dan Cole Parlmer ditempat kedua dengan 20 jaringan.

Rakan sepasukan Haaland iaitu Phil Foden turut tersenarai dalam 10 penjaring terbanyak dengan 16 jaringan.

Untuk rekod, Manchester City masih berbaki 3 perlawanan liga dan Haaland boleh menambahkan lagi jaringan beliau.

Leave a Reply