Haaland Hatrik Lagi

Aksi Erling Haaland Selepas Menjaringkan Hatrik. Gambar Sporting News
Memang tidak salah Manchester City beli Erling Haaland dari Borussia Dortmund selepas beliau berjaya mencetak hatrik dalam dua perlawanan berturut-turut.
Haaland menjaringkan hatrik ketika Manchester City menewaskan Nottingham Forest awal pagi tadi dalam saingan liga.
Dalam perlawanan sebelumnya kita bertemu Crystal Palace, Haaland turut menjaringkan hatrik dalam masa 20 minit.
Ketika ini Haaland mendahului senarai penjaring dalam saingan Premier League musim 2022/2023 dengan 9 gol dengan 5 perlawanan.