Selangor Kalah Lagi Dalam Masa Kurang Dari Seminggu

Selangor Kalah Lagi Kurang Dari Seminggu

Goal.com

Selepas tewas nipis kepada JDT sabtu lalu, Selangor kalah lagi malam semalam. Kekalahkan semalam kepada Sevilla, pasukan dari liga Sepanyol. Perlawanan semalam hanyalah perlawanan persahabatan. Mohon peminat Selangor jangan ambil serius.

Kekalahan Selangor semalam berpunca 80% dari penjaga gol mereka iaitu Hamsani Ahmad yang malas kejar bola. Hamsani bagaikan tiada upaya untuk melompat dan menyelamatkan gawang Selangor dari dibolosi sebelum di gantikan Farizal pada separuh masa ke-2.

Sevilla membuka gol perlawanan pada minit ke-30 melalui rembatan cantik Piotr Trochowski yang melihatkan Hamsani Ahmad tidak melakukan apa-apa. Sevilla menambah satu lagi gol melalui Figueiras dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

Kemasukan Andik pada separuh masa kedua baru menampakkan percubaan merbahaya dari Selangor yang memaksa Sevilla berkampung di kasawan gol mereka.

Keputusan penuh perlawanan Selangor 0 – 2 Sevilla. Harap pemain Selangor dapat sedikit ilmu tentang corak permainan Sevilla.

Leave a Reply

%d bloggers like this: