Kuala Lumpur Mara Ke Perlawanan Akhir Piala FA

keputusan separuh akhir piala fa malaysia 2023

Keputusan separuh akhir Piala FA Malaysia 2023. Gambar JohorKini.

Kuala Lumpur (KL City FC) mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas berjaya menewaskan Terengganu FC dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Perlawanan kelihatan seimbang hingga menyebabkan kedua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang waktu sebenar perlawanan berlangsung. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Beraksi dihadapan 26,500 penyokong setia tuan rumah, tidak mendatangkan kegentaran kepada pasukan Kuala Lumpur. Mereka berjaya menundukan Terengganu dengan keputusan penalty 4-2.

Untuk rekod, Terengganu tewas dalam perlawanan akhir Piala FA musim lalu ditangan JDT.

Leave a Reply