Teka Teki Tarikh Dan Venue Final Piala FA Terjawab

Tarikh Dan Venue Piala FA Terjawab. Gambar MLF

Akhirnya terjawab sudah teka teki tarikh dan venue perlawanan akhir Piala FA selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melakukan pengumuman tentang persoalan tersebut.

Perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 September (Sabtu) nanti.

Keputusan ini dibuat selepas pengurusan setiap pasukan dan pengelola Liga Malaysia membuat pemeriksaan teliti mengenai padang stadium bagi menganjurkan perlawanan akhir untuk edisi ke-32.

Sedia maklum Stadium Nasional ditutup dari sebarang aktiviti bola sepak bagi penyelenggaraan termasuklah baik pulih padang.

Pemilihan stadium ini dinilai dari pelbagai aspek seperti penyiaran, kapasiti penonton, keselamatan dan banyak lagi.

Sedikit catatan, Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 80,000 orang penyokong dalam satu-satu masa. Selain itu, stadium ini juga mempunyai akses pengangkutan awam yang baik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: