JDT Mudah Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA

JDT Mara Ke Peringkat Akhir Selepas Menewaskan Pulau Pinang. Gambar Google

Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala FA 2022 selepas mengenepikan cabaran Pulau Pinang di peringkat separuh akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu berkesudahan dengan keputusan JDT 6-1 Pulau Pinang.

Gol JDT disumbang oleh Bergson pada minit ke-20, Fernando Forestieri minit ke-24, hatrik Arif Aiman pada minit ke-48, 51 dan 62 serta jaringan minit akhir oleh Muhammad Syahmi minit ke-92.

Pulau Pinang mendapat gol sagu hati pada minit ke-54 menerusi Lucas Silva.

Dalam tempoh 10 tahun, ini merupakan perlawanan akhir Piala FAke-2 buat JDT. Pada 2016, JDT muncul juara selepas menewaskan PKNS dan pada tahun 2013, dikecewakan Kelantan.

JDT akan berdepan cabaran Terengganu FC di perlawanan akhir nanti selepas Terengganu berjaya menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: