AFC Piala Asia 2023 : Thailand Dan Indonesia Wakil Asia Tenggara

Thailand dan Indonesia layak ke Pusingan 16 AFC Piala Asia 2023.

Thailand dan Indonesia layak ke Pusingan 16 AFC Piala Asia 2023.

Thailand dan Indonesia menjadi wakil dari Asia Tenggara yang berjaya layak ke Pusingan 16 AFC Piala Asia 2023. Thailand layak setelah muncul selaku naib juara Kumpulan F manakala Indonesia layak selepas menjadi pasukan ditempat ketiga kumpulan terbaik.

Diperingkat seterusnya, Indonesia akan berdepan Australia pada 28 Januari jam 7.30 Malam. Bagi Thailand pula, mereka akan menentang Uzbekistan pada 30 Januari jam 7.30 Malam.

Dua lagi wakil Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Vietnam terpaksa pulang lebih awal selepas menduduki tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

Leave a Reply