Qatar Berjaya Pertahan Gelaran AFC Piala Asia

Qatar muncul juara AFC Piala Asia 2023.

Gelaran Piala Asia kekal milik Qatar. Gambar AFC Asian Cup.

Qatar berjaya mempertahankan gelaran juara AFC Piala Asia selepas menewaskan Jordan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lusail, Qatar.

Beraksi dilaman sendiri, Qatar berjaya mendapat tonik tambahan dan berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi sepakan penalti seawal minit ke-22 dan disempurnakan oleh Akram Afif.

Masuk babak kedua perlawanan, Jordan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Yazan Al-Naimat pada minit ke -67.

Akram Afif sekali lagi meletakan Qatar di hadapan sekali lagi menerusi sepakan penalti pada minit ke-73.

Di penghujung perlawanan,  Akram Afif berjaya mencipta hatrik juga melalui sepakan penalti.

Perlawanan tamat dengan keputusan Qatar 3-1 Jordan.

Untuk rekod, Qatar berjaya menjuarai AFC Piala Asia untuk edisi 2019 selepas menewaskan Jepun di perlawanan akhir yang berlangsung di UAE.

Leave a Reply