Terbuka Thailand : Dua Regu Lelaki Negara Ke Suku Akhir

Haikal dan Arif mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 dengan pasangan yang berbeza.

Haikal dan Arif mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 dengan pasangan yang berbeza.

Dua regu lelaki negara, Arif Junaidi-Roy Kin Yap dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal mara ke peringkat suku akhir Badminton Terbuka Thailand 2024 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal mudah menewaskan regu tuan rumah, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa Nga, 21-17, 21-10. Keputusan cemerlang itu diikuti dengan kemeangan Arif Junaidi-Roy King Yap ke atas regu dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan keputusan 21-14, 21-13.

Tugas berat menanti Arif dan King Yap diperingkat suku akhir  kerana akan berdepan dengan bekas regu nombor satu dunia dan pilihan pertama kejohanan iaitu Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Untuk Haikal dan Hon Jian pula, mereka akan turun menentang regu dari Chinese Taipei, Ming Che Lu-Tang Kai Wei. Jika kedua regu negara ini menang di peringkat suku akhir, mereka akan berentap sesama sendiri di peringkat separuh akhir nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *