Ong Yew Sin-Teo Ee Yi Pulang Awal Di Terbuka Perancis

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tewas di pusingan pertama Terbuka Perancis 2024.

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tewas di pusingan pertama Terbuka Perancis 2024. Gambar The Vibes.

Pasangan regu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin terpaksa akur untuk pulang lebih awal seawal pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2024.

Mereka tewas kepada regu nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 13-21, 22-24 selepas hasil undian kejohanan pertemukan kedua regu di pusingan pertama.

Ini merupakan kekalahan mereka yang kedua selepas tewas di separuh akhir Terbuka Jerman minggu lalu kepada regu dari China, He Ji Ting- Ren Xiang Yu.

Dengan prestasi tidak menentu ini, harapan untuk melihat Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin beraksi di Sukan Olimpik Paris semakin kabur. Tarikh tutup kelayakan ke Olimpik Paris adalah pada hujung bulan depan.

Leave a Reply