Yew Sin-Teo Ee Tewas Di Suku Akhir Terbuka Singapura 2023
![Keputusan Badminton Terbuka Singapura 2023](https://i0.wp.com/sukan.sukacuka.com/wp-content/uploads/2023/06/keputusan-perlawanan-badminton-terbuka-singapura.jpg?resize=620%2C383)
Keputusan Badminton Terbuka Singapura. Gambar Badminton Planet
Tiada apa yang mampu diluahkan selepas menyaksikan perlawanan suku akhir badminton Terbuka Singapura antara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menentang regu muda dari Korea.
Perlawanan yang penuh debaran, aksi dan kejutan itu menyaksikan Yew Sin-Teo Ee selepas perlawanan berlarutan sehingga ke set penentuan.
Pasangan regu negara yang berstatus pro itu berjaya memenangi set pertama dengan mata 22-20. Memasuki set kedua, Yew Sin-Teo Ee hampir berjaya menamatkan perlawanan namun digagalkan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dengan mata 24-26.
Dalam set penentuan, regu negara terpaksa berputih mata selepas tewas 22-24 sekali gus menghampakan harapan mereka untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.