Copa America 2019 Akhir : Brazil 3 – 1 Peru

Selepas kali terakhir menjuarai Piala Copa America pada tahun 2007, Brazil akhirnya berjaya menjulangnya kembali selepas menewaskan Peru diperlawanan akhir.

Kejayaan ini lebih manis kerana mereka bermain ditempat sendiri.

Peru yang hadir sebagai pasukan bukan pilihan berjaya membuktikan bahwa mereka adalah salah satu pasukan yang perlu diberi perhatian selepas ini.

Peru berjaya menewaskan juara 2 tahun berturut-turut, Chile pada perlawanan separuh akhir dan Uruguay di suku akhir.

Leave a Reply