Senarai Pemain Badminton Negara Yang Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Senarai pemain yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Senarai pemain yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Tamat sudah tempoh setahun yang diberikan untuk proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 bagi sukan Badminton. Dari apa yang dilihat dari atas kertas, skuad badminton negara akan mempunyai wakil untuk semua kategori yang dipertadingkan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang layak ke Sukan Olimpik Paris pada 10 Mei nanti. Berikut adalah senarai pemain badminton negara yang layak ke Paris nanti.

Pemain Badminton Negara Yang Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024

  • Perseorangan Lelaki
    • Lee Zii Jia (10)
  • Regu Lelaki
    • Aaron Chia / Soh Wooi Yik (5)
  • Perseorangan Wanita
    • Goh Jin Wei (32)
  • Regu Wanita
    • Pearly Tan / M Thinaah (14)
  • Regu Campuran
    • Chen Tang Jie / Toh Ee Wei (9)

* Dalam kurangan adalah ranking bagi kelayakan Olimpik.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Leave a Reply