Malaysia Mula Saingan Piala Sultan Azlan Shah Dengan Langkah Kiri

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024. Gambar Astro Awani.

Turun selaku juara bertahan, pasukan hoki negara pasti mahu mencatatkan keputusan yang positif dalam perlawanan pertama menentang Pakistan di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan ini berlangsung dari 4 hingga 11 Mei di Ipoh, Perak.

Kegagalan untuk kekal fokus pada minit-minit terakhir perlawanan telah beri peluang kepada Pakistan untuk menghukum pasukan hoki negara dengan dua gol minit akhir sekali gus beri kekalahan pertama buat pasukan negara.

Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minti ke-9 menerusi jaringan S.Khan. Tersentak dengan gol awal tersebut, Malaysia bangkit dengan 3 gol jaringan Azrai pada minit ke-13, 28 dan 45.

Kealpaan pada 10 minit terakhir perlawanan telah memberi ruang kepada Pakistan menjaringkan 4 gol sekali gus menutup perlawanan dengan keputusan Malaysia 4-5 Pakistan.

Keputusan Piala Sultan Azlan Shah : Malaysia vs Pakistan

MALAYSIA4-5PAKISTAN
9′Sufyan Khan
Muhammad Azrai13′
Muhammad Azrai28′
Muhammad Azrai45′
50′Sufyan Khan
53′Zikriya Hayat
Silverius59′
59′Sufyan Khan
60′Abu Bakar Mahmood

Perlawanan seterusnya pasukan hoki negara akan menentang Kanada pada 5 Mei jam 8.30 malam.

1 Response

Leave a Reply