Wartawan Dilarang Masuk Ke Stadium Piala Dunia Qatar

Seorang wartawan dilarang masuk ke dalam stadium ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia sedang berlangsung antara pasukan Amerika Syarikat dan Wales.

Wartawan yang dimaksudkan adalah Grant Wahl, wartawan penyiaran CBS Sports. Beliau dilarang masuk kerana memakai baju-T bercorak pelangai yang mengelilingi sebiji bola ditengahnya.

Difahamkan bahawa baju tersebut memaparkan lambang lesbian, gay, biseksual dan transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT.

Grant Wahl telah ditahan lebih kurang 30 minit dan kemudianya dilepaskan dan telah menerima permohonan maaf dari pihak Qatar dan juga wakil dari Persekutan Bola Sepak Dunia (FIFA)

Leave a Reply

%d bloggers like this: