Viral Pergaduhan Antara JDT Dan Levski Sofia
Semalam, kecoh apabila aksi persahabatan antarabangsa antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan dari Liga Bulgaria, Levski Sofia ditamatkan lebih awal iaitu pada minit ke-54 perlawanan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jebel itu terpaksa diberhentikan lebih awal gara-gara berlaku perbalahan antara dua pasukan hingga mengakibatkan pergaduhan diatas padang.
Difahamkan pemain Levski Sofia mula bermain ganas selepas JDT mendahulu permainan menerusi jaringan Juan Muniz. Pengadil perlawanan yang gagal mengawal perlawanan dengan baik terpaksa memberhentikan perlawanan lebih awal selepas pemain Levski Sofia memboikot permainan tersebut.
Disini kami kongsikan beberapa video yang menunjukkan beberapa kekerasan yang dilakukan pemain Levski Sofia ketika aksi persahabatan sedang berlangsung. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan JDT 1-0 Levski Sofia.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) January 28, 2023
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) January 28, 2023