Vincent Kompany Pegang Jawatan Jurulatih Bayern Munich
Persoalan siapa yang akan mengambil tugas selaku jurulatih kelab gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich akhirnya terjawab selepas Vincent Kompany menandatangani kontrak selama tiga tahun selaku jurulatih Bayern.
Pemilihan Kompany adalah sesuatu yang mengejutkan peminat Bayern kerana kelab yang dikendali oleh Kompany iaitu Burnley telah tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bayern bagai hilang punca untuk melantik jurulatih baru untuk kelab tersebut. Mereka gagal untuk memikat hati beberapa jurulatih yang bernama besar antaranya Xabi Alonso, Julian Nagelsmann dan Ralf Rangnick.
Mereka juga cuba untuk mengekalkan Thomas Tuchel namun Tuchel berkeras untuk meninggalakn Bayern selepas tiada persetujuan dengan terma yang diberi.
Untuk rekod, Bayern Munich gagal memenangi sebarang piala untuk musim 2023/2024 dan yang terburuk sepanjang 12 tahun ini. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membanyar pampasan sebanyak RM59.7 juta kepada Burnley untuk melepaskan Kompany.