Viktor Tewas Di Separuh Akhir Badminton Eropah 2024
Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen tewas di peringkat separuh akhir Badminton Eropah 2024 kepada pemain yang kian meningkat naik dari Perancis iaitu, Toma Junior Popov.
Toma Junior Popov yang menduduki tangga ke-25 dunia berjaya menewaskan Axelsen dalam pertarungan tiga set.
Popov berjaya menang pada set pertama dengan mata 21-19 sebelum Viktor Axelsen berjaya bangkit pada set ke-2 dengan mata 17-21.
Kebangkitan Viktor tidak lama. Beliau seperti tidak bermaya pada set penentuan dan tewas dengan mata 9-21.
Ini kemenangan pertama Toma Junior Popov keatas Viktor Axelsen. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada Europe GameĀ 2023.
Di perlawanan akhir Badminton Eropah 2024 nanti, Toma Junior Popov akan menentang satu lagi pemain dari Denmark yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Anders Antonsen.