Vietnam Mara Ke Final Piala AFF 2022

Keputusan Piala AFF 2022 antara Vietnam menentang Indonesia. Gambar Solopos.com.
Bekas juara Piala AFF 2018, Vietnam, berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia di Stadium My Dinh.
Dalam aksi separuh akhir kedua itu, Vietnam berjaya menundukan Indonesia 2-0 selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawnaan separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jumaat lalu.
Vietnam akan menanti pemenang antara Thailand ataupun Malaysia yang akan beraksi dalam satu lagi separuh akhir. Malaysia berjaya menundukan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Lumpur.
Bagi Indonesia pula, dengan kekalahan ini menjadikan mereka terus kempunan untuk menjulang Piala AFF ini buat kali pertama. Untuk edisi Piala AFF 2020, Indonesia tewas kepada Thailand diperlawanan akhir.