Venue Final Kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Bukit Jalil

FOTO BERNAMA

FOTO BERNAMA

Akhirnya persoalan tentang venue final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand pada 20 Disember nanti terjawab juga.

Stadium Nasional Bukit Jalil sah menjadi venue final kedua Piala AFF Suzuki 2014. Perkara tersebut dimaklumlah oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam.

Sebelum keputusan dibuat, Datuk Hamidin telah mengadakan tinjauan akhir ke stadium disebelah pagi.

“Kami menjangkakan semua tiket akan habis dijual nanti. Stadium Nasional Bukit Jalil adalah gelanggang terbaik kerana mampu menampung kira-kira 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam,” katanya.

Sementara itu, jualan tiket secara talian akan mula dijual pada hari ini hingga rabu minggu depan sementara jualan tiket dikaunter hanya dijual pada hari khamis dengan harga RM50.

Untuk rekod, kali terakhir padang Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak adalah ketika final Piala Malaysia antara JDT menentang Pahang, 1 November lalu.

Sebelum itu, pasukan Harimau Malaya akan bertandang ke Stadium Rajamangala di Bangkok untuk perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki 2014 pada khamis depan, 18 Disember.

Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 sementara Thailand mengalahakan Filipina dengan agregat 3-0.

Leave a Reply