Ulangan Badminton Terbuka India Buat Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Rekod Pertemuan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Menentang Regu Dari China.

Selepas melepasi halangan pusingan pertama dengan mudah menewaskan rakan senegara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dijadualkan akan menetang Liang Wei Keng dan Wang Chang dipusingan kedua Badminton Indonesia Masters 2023.

Liang Wei Keng dan Wang Chang terlebih dahulu melangkah kepusingan kedua kejohanan selepas menewaskan regu dari Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel.

Pertembungan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang regu muda dari China ini akan menjadi ulangan perlawanan akhir Badminton Terbuka India 2023 minggu lalu.

Ketika diperlawanan tersebut, regu nombor satu negara itu tewas dengan keputusan 21-14, 19-21 dan 18-21.

Jika berjaya melepasi halangan esok, Aaron dan Wooi Yik dijangka mudah untuk melangkah ke separuh akhir dan dijadualkan bertemu kembali dengan regu nombor satu dunia iaitu Fajar Alfian dan Rian Ardianto.

Untuk rekod, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik masih belum pernah menang ketika bertemu dengan regu muda China ini. Mampukah Aaron dan Wooi Yik melakar kemenangan pertama mereka esok?

Leave a Reply

%d bloggers like this: