Tular! Jurulatih Tampar Pemain Ketika Kejohanan

Logo Volleyball Lovers Malaysia.
Dunia semakin kejam. Tengah tular sekarang ini dimana seorang jurulatih dilihat menampar pemain semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor.
Dalam sebuah video yang tersebar di internet, jurulatih itu dilihat menampar dua pemain ketika kejohanan sedang berjalan.
Dimaklumlah bahwa pihak Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah mengambil tindakan dengan menggantung sementara jurulatih tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengambil cakna tentang insiden itu dan telah berhubung dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mengumpul lebih banyak maklumat.
Berikut adalah klip video yang tular menunjukan jurulatih tersebut menampar dua pemain ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.
No space in sports or life for this kind of abusive behaviour. Education, awareness and effective supervision is important to ensure mutual respect between athletes, coaches and administrators. pic.twitter.com/pSgUUZJte3
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) January 1, 2023