Tugas Baru Mushi Bersama TNC Predator

Bagi menhadapi peringkat kelayakan The International 10 rantau asia tenggara, TNC Predator telah menghubungi Mushi untuk mendapatkan khidmat beliau sebagai jurulatih pasukan. Ini disahkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Facebook rasmi TNC Predator.

Pasukan TNC terpaksa melalui peringkat kelayakan selepas gagal mendapat pelawaan terus untuk The International 10.
Untuk kelayakan rantau asia tenggara dengan dibarisi pemain yang berpengalaman seperti Gabbi dan Armel, TNC dianggap sebagai pasukan pilihan.
Sedikit latar belakang Mushi berkenaan dunia pro dota, Mushi pernah bersama pasukan Orange dan mendudui tempat ke-3 pada The International 2013.
Mushi juga pernah bersama Team DK pada tahun 2014 yang ketika itu diwakili pemain legend BurNing dan LaNm. Ketika itu, Team DK dilihat sebagai satu pasukan yang cukup kuat.
Dengan pengalaman yang cukup luas ini, memang pilihan yang tepat bagi TNC melantik Mushi sebagai jurulatih bagi melayakan mereka ke peringkat akhir The International 10.