Trofi Pertama Ronaldo Bersama Al-Nassr

Ronaldo bersama trofi pertama beliau sejak bergabung dengan Al-Nassr. Gambar Twitter Al-Nassr
Kemarau trofi Cristiano Ronaldo bersama kelab barunya, Al-Nassr akhir berakhir selepas beliau membantu kelab tersebut menjulang Piala Juara-Juara Kelab Arab.
Dalam perlawanan akhir tersebut, Ronaldo berjaya meledak dua gol sekali gus menewaskan Al-Hilal 2-1 di Stadium Raja Fahd.
Ini merupakan trofi pertama Ronaldo semenjak berpindah dari Manchester United awal Januari lalu. Ronaldo turut memenangis Kasut Emas kejohanan tersebut.