Toma Junior Popov Tumbangkan Ginting

Toma Junior Popov mara ke pusingan 16 Sukan Olimpik 2024.

Toma Junior Popov mara ke pusingan 16 Sukan Olimpik 2024.

Pemain badminton perseorangan lelaki dari Perancis, Toma Junior Popov cipta sensasi selepas berjaya menumbangkan pemain pilihan Kumpulan H dari Indonesia dalam saingan temasya Sukan Olimpik 2024.

Popov berjaya menewaskan Anthony Sinisuka Ginting dengan keputusan 21-19, 17-21, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 87 minit untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

Ini merupakan kemenangan yang cukup membanggakan buat Popov sekali gus meletakan beliau selaku juara Kumpulan H.

Menanti Popov di pusingan 16 nanti adalah Lee Zii Jia yang terlebih dahulu layak selepas munjul juara Kumpulan G.

Untuk rekod, Toma Junior Popov muncul juara Kumpulan H selepas menewaskan Howard Shu dari Amerika Syarikat 21-11, 21-12 dan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *