Thailand Pecat Jurulatih Selepas Tewas 1-4 Kepada India

Milovan Rajevac

Sebaik sahaja dimalukan India 1-4 pada saingan Piala Asia, Thailand mengambil keputusan untuk pecat ketua jurulatih mereka, Milovan Rajevac.

Tugas Milovan kini diambil alih oleh Sirisak Yodyardthai.

Milovan Rajevac merupakan bekas pembimbing skuad Ghana dan mula mengendali Thailand sejak 2017 dan disambung hingga 2020.

Kedudukan Milovan sedikit tergugat selepas tewas di separuh akhir Piala AFF yang lalu sekali gus gagal mempertahankan piala yang mereka menangi pada 2014 dan 2016.

Thailand yang beraksi pertama kali pada saingan Piala Asia sejak 2007 perlu bangkit apabila akan bertemu Bahrain, khamis nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: