Terengganu Kecewakan Selangor Untuk Ke Perlawanan Akhir Piala FA

Keputusan Piala FA 2022 Terengganu vs Selangor.

Hasrat Selangor untuk beraksi di pentas akhir Piala FA musnah selepas tewas kepada Terengganu di Stadium Mizan Zainal Abidin.

Perlawanan yang berlangsung rancak menyaksikan kedua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan Mohd Norhakim pada minit ke-24 untuk Selangor dan Faizal Halim pada minit ke-47 untuk Terengganu.

Tanpa tambahan gol hingga tamat 120 minit perlawanan, keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Terengganu mara ke perlawanan akhir selepas menyempurnakan 4 sepakan berbanding 2 bagi selangor.

Terengganu akan berdepan dengan JDT dalam perlawanan akhir nanti.

Untuk catatan, kali terakhir Terengganu mara ke perlawanan akhir adalah pada 2011 menentang Kedah dan muncul juara pada ketika itu.

Leave a Reply