Tangga Tercorot Liga Milik Manchester United Selepas Dua Kekalahan

Keputusan Manchester United Menentang Brentford.

Selepas tewas pada perlawanan pertama liga kepada Brighton, Manchester United tewas lagi 0-4 kepada Brentford apabila beraksi di Stadium Gtech Community.

Apa yang lebih memalukan adalah kesemua empat gol Brentford dijaringkan pada separuh masa pertama.

Dalam 1 wawancara, pengurus Manchester United, Erik Ten Hag ada mengatakan bahawa beliau seperti ingin membuat semua pertukaran pemain.

Perlawanan liga seterusnya menyaksikan Manchester United akan berdepan Liverpool dilaman sendiri pada 23 Ogos nanti.

Adakah Manchester United mampu catat kemenangan pertama atau catat kekalahan ketiga dan terus menghuni tangga tercorot liga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *