Tang Jie-Ee Wei Ucap Selamat Tinggal Paris

Regu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Gambar The Star.

Regu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Gambar The Star.

Harapan regu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk meraih kilauan pingat pertama dalam temasya Sukan Olimpik, musnah selepas mereka tewas di peringkat suku akhir.

Mereka tewas kepada pasangan nombor lapan dunia dari Korea Selatan iaitu Kim Won Ho-Jeong Na Eun 19-21, 14-21.

Permulaan perlawanan kedua regu memberikan aksi yang cukup baik. Namun kecederaan yang dialami oleh Ee Wei pada pertengahan set pertama merencatkan sedikit rentak permaian.

Mengambil dari kesempatan itu, pasangan regu Korea Selatan mengutip mata demi mata dan berjaya memenangi set pertama.

Memasuki set kedua, Tang Jie-Ee Wei terus hilang rentak sekaligus memberikan kemenangan mudah buat regu dari Korea Selatan itu.

Kim Won Ho-Jeong Na Eun akan mementang rakan senegara di peringkat separuh akhir nanti itu Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *