Tahniah Fnatic, Jumpa Di The International 10 Nanti

Fnatic vs TNC Predator

Pasukan Dota 2 Fnatic berjaya melayakan diri ke The International 10 selepas menewaskan TNC.Predator pada perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi.

Fnatic yang tidak dapat jemputan terus ke The International, terpaksa melalui peringkat kelayakan rantau asia tenggara untuk menempah 1 slot sana nanti.

Pada perlawanan akhir 5 terbaik, TNC.Predator terlebih dahulu dihadapan dengan kemenangan 2 game. Namun Fnatic bangkit untuk menang 3 game kemudiannya sekali gus mengesahkan tempat ke The International.

Fnatic menjadi pasukan ke-3 yang layak ke The International 10 melalui peringkat kelayakan.

Leave a Reply