Sukan Asia : Pasukan Badminton Malaysia Raih Gangsa

Stadium Astro

Stadium Astro

Harapan pasukan badminton Malaysia untuk meraih emas pada Sukan Asia 2014 hancur berkecai selepas tewas kepada musuh utama negara dalam sukan ini, China. Malaysia tewas kepada China pada pusing separuh akhir.

Kekalahan tersebut terubat selepas Malaysia meraih pingat gangsa bersama dengan Taiwan yang tewas kepada Korea Selatan.

Sebelum itu, pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mencuri mata pertama selepas tewas kepada Chen Long dengan mata 17-21, 21-9 dan 11-21.

Kekalahan negara diteruskan lagi dengan pasangan bergeru. Tan Boon Heong / Hoon Thien How yang tewas kepada Xu Chen / Zhang Nan 21-14, 15-21 dan 10-21.

China memastikan kemenangan mudah mereka dengan kemenangan mudah jaguh utama mereka, Lin Dan yang menewaskan wakil perseorangan kedua negara Chong Wei Fen 11-21 dan 12-21.

Untuk acara individu, peratus untuk memenangi pingat masih 50-50.

Leave a Reply

%d bloggers like this: