Struktur Baru Kejohanan BWF 2018

© Getty Images(Representational Photo)
Untuk mereka yang masih belum tahu, bermula tahun 2018 struktur baru kejohanan BWF akan berubah dari yang sebelumnya. Disini kami kongsikan struktur baru kejohanan BWF yang dikupas rapi di laman Facebook Info Badminton Sedunia.
Bermula 2018, tiada lagi Superseries Premier, Superseries, Grand Prix Gold dan Grand Prix. Ia akan digantikan dengan kejohanan yang diberi nama sebagai BWF World Tour.
Mempunyai Level 1 – 6.
Level 1 (BWF World Tour Final)
– Top 8 ranking BWF World Tour sahaja yang layak menyertai kejohanan ini
– Merupakan kejohanan penutup musim
– Wang hadiah berjumlah 1.5 juta USD
Level 2
– Kejohanan ini mempunyai level yang lebih tinggi dari Superseries Premier
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai kejohanan ini
– Hanya 32 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini
– Tiada pusingan kelayakan
– Wang hadiah berjumlah 1 juta USD
– Terdapat 3 kejohanan di Level 2 iaitu All England Open, Indonesia Open dan China Open
Level 3
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Superseries Premier
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai kejohanan ini
– Hanya 32 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini
– Tiada pusingan kelayakan
– Wang hadiah berjumlah 700k USD
– Terdapat 5 kejohanan di Level 3 iaitu Malaysia Open, Japan Open, Denmark Open, French Open dan China Masters
Level 4
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Superseries
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai 4 daripada 7 kejohanan di Level 4
– Hanya 28 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini plus 4 penyertaan dari pusingan kelayakan
– Pusingan kelayakan hanya mempunyai 8 penyertaan, tidak seperti Superseries sebelum ini mempunyai 16 penyertaan
– Wang hadiah berjumlah 350k USD
– Terdapat 7 kejohanan di Level 4 iaitu Malaysia Masters, Indonesia Masters, India Open, Thailand Open, Singapore Open, Korea Open dan Hong Kong Open
Level 5
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Grand Prix Gold
– Wang hadiah berjumlah 150k USD
– Terdapat 10 kejohanan di Level 5 iaitu Thailand Masters, Swiss Open, Spain Open, German Open, New Zealand Open, Australia Open, USA Open, Chinese Taipei Open, Macau Open, India Open dan Korea Masters
Level 6
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Grand Prix
– Wang hadiah berjumlah 75k USD
– Terdapat 10 kejohanan di Level 6 iaitu Orleans Masters, China Open, Canada Open, Japan Masters, Russia Open, Vietnam Open, Indonesia Open, Dutch Open, Bitburger Masters dan Scottish Open