Status Lee Zii Jia Ke Piala Thomas Masih Jadi Tanda Tanya

Team Lee Zii Jia masih belum beri kata putus ke Piala Thomas 2024.

Team Lee Zii Jia masih belum beri kata putus ke Piala Thomas 2024.

Lebih kurang 10 hari lagi sebelum tarikh akhir bagi setiap pasukan yang layak saingan Piala Thomas untuk menyenaraikan para pemain mereka. Kejohanan Piala Thomas akan berlangsung pada 28 April hingga 5 Mei di Chengdu, China.

Hasil perbincangan BAM dengan Team LZJ masih belum ada kata putus yang mampu diberikan. BAM ternyata tertekan untuk menyenaraikan barisan pemain terutama sekali pemain perseorangan lelaki selepas ketiadaan Ng Tze Yong.

Ng Tze Yong yang masih dibelenggu kecederaan bukan hanya terlepas untuk menyertai Piala Thomas, beliau juga terlepas peluang untuk mara ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada hujung bulan Julai nanti.

Untuk rekod, Lee Zii Jia pernah bersama skuad negara dalam saingan Badminton Berpasukan Asia pada bulan Februari yang lalu.

Leave a Reply