Statistik Bayer Leverkusen Bersama Xabi Alonso Untuk Musim 2023/2024

Statistik cemerlang Bayer Leverkusen bersama Xabi Alonso.
Xabi Alonso mula bersama Bayer Leverkusen pada bulan Oktober 2022 selepas menggantikan pengendali Bayer ketika itu iaitu Gerardo Seoane. Hasil sentuhan Alonso pada musim bertama berhasil selepas pasukan itu mengakhir Bundesliga ditangga ke-6 dan layak ke Liga Europa.
Untuk musim 2023/2024, pencapaian lebih indah buat Bayer selepas berjaya menjuarai Bundesliga buat pertama kali dengan menamatkan dominasi Bayern Munich selaku juara bertahan.
Sehingga artikal ini ditulis, terdapat beberapa pencapaian menarik Bayer bersama Alonso. Disini kami kongsikan Statistik cemerlang Bayer Leverkusen bersama Xabi Alonso.
- Juara Bundesliga 2023/2024
- Layak ke akhir DFB Pokal 2023/2024
- Layak ke akhir Liga Europa 2023/2024
- Tidak pernah kalah dalam 49 perlawanan untuk musim 2023/2024 dan menjadi rekod terpanjang dalam sejarah bola sepak UEFA.
- Berjaya jaringkan sebanyak 136 gol dalam 49 perlawanan tersebut.
- 11 perlawanan, Bayer berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90+ untuk menyamakan atau mencatat keputusan menang.
- Menang semua enam perlawanan ditempat sendiri dalam saingan Liga Europa musim 2023/2024.
- Berjaya jaring 31 gol dalam 12 saingan Liga Europa.