Spin Serve Dilanjutkan Larangan Penggunaannya
Spin Serve ataupun servis putaran bulu tangkis dilanjutkan larangan penggunaanya oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF menguatkuasakan larangan spin serve ini kerana pemain memutarkan bulu tangkis sebelum melancarkannya. Serve cara ini akan membuatkan pihak lawan sukar untuk mengembalikan bulu tangkis tersebut.
Hasil perbincangan Ahli Majlis BWF, ada baiknya larangan ini dilanjutkan sehingga tamat Sukan Olimpik dan Paralimpik di Paris nanti agar tidak memberi kesan kepada proses kelayakan yang akan berlangsung.